Rabu 21 Feb 2024 12:48 WIB

Waktu Terbaik Memotong Kuku, Urutannya, dan Bolehkah Wanita Memanjangkannya

Memotong kuku dianjurkan dengan alat yang tajam.

Rep: Mabruroh/ Red: Ani Nursalikah
Orang Junub tidak Boleh Memotong Kuku dan Rambut Rontok? (Ilustrasi)
Foto:

Selain itu, ia juga mengundang kemudaratan dan kekotoran. Menurut kaidah syarak, perkara ataupun benda yang memudaratkan mestilah dihapuskan, caranya adalah dengan memotong kuku.

Sedangkan mengenai kapan waktu terbaik memotong kuku, menurut Prof Zaidan tidak ditentukan, ia bergantung pada keperluan individu. Namun demikian, ia tidak boleh dibiarkan melebihi empat puluh hari sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi saw.

Anas bin Malik menyatakan mereka diberi masa bagi menipiskan misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan tidak melebihi empat puluh hari. Sedangkan menurut Imam Bukhari, Rasulullah suka memotong kuku pada hari Jumaat. Lalu, menurut Imam Syafie dan pengikutnya, menganjurkan agar umat Islam memotong kuku pada Jumat.

Dalam kitab Fatawa al-Hindiyah disebutkan, yang terbaik bagi individu memotong kuku, menipiskan misai, mencukur bulu kemaluan dan membersihkan badannya sekali dalam seminggu. Sekiranya tidak mampu, dia perlu melakukannya sekali dalam lima belas hari, dia tidak dimaafkan membiarkannya melewati empat puluh hari.

Sebaik-baiknya kuku, bulu ataupun rambut yang sudah dipotong agar dikubur. Sekiranya dibiarkan begitu saja, itu tidak menjadi kesalahan, tetapi makruh membuangnya dalam kamar dan kamar mandi.

Advertisement
Berita Lainnya
Advertisement
Advertisement
Advertisement